Saturday, March 3, 2007

Kenapa Saidatina Khadijah sumber kekuatan Rasulullah

ISTERI Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah binti Khuwailid ialah wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah.

Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.

Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya:
“ Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan... daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas.

Beliau adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya.

Hal ini menunjukkan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah sepanjang kehidupan mereka.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.

Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.”
(Surah an-Nahl, ayat 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.

Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.

Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.


Tips NAK melatih OTAK kanan dan Otak Kiri...


1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.30 dah bukak mat termasuk sabtu n ahad.


2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card
seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. . buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar kat mana-mana dsb.


3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak
korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....... .. satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh
simpan semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....


5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita
kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa....... ..kita pun bukan tak biasa merapu...... .


6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak
tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama. Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni... Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....



~Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya. ...Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang.. ~Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.

KATEGORI ISTERI


Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:

Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.

Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.

Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.

YA ALLAH, JADIKAN AKU ISTERI YANG TERBAIK UNTUK SUAMIKU DAN PASTINYA AKAN DIREDHAIMU

KaTa HiKmAh UnTuK meMbaiki Diri


Kata-kata orang soleh perlu diambil sebagai renungan untuk mendorong kita membaiki diri.Banyak kata-kata hikmah yang boleh dikutip daripada Rasulullah,para sahabat dan orang-orang soleh.

1.Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda:

"Apa yang ada pada kamu akan habis dan apa yang ada di sisi Allag akan kekal dan Allah beri tambahan pahala kepada orang-orang yang sabar."

"Ya Tuhanku,kurniakanlah aku dua mata yang suka berlinang menitiskan airmata sebelum datang saat dimana mata menitiskan darah dan gigi menjadi bara."

2.Sayyidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah:

"Wahai Rasulullah,apa adakah nanti umatmu yang dapat masuk Syurga tanpa Hisab?" Jawab Baginda: "Ada,iaitu orang yang mengenang-ngenang dosanya lalu dia menangis."

3.Sayyina Umar Al-Khattab berkata:

"Jikalau tidaklah kerana takut dihisab,akan aku perintahkan membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti."

"Barangsiapa takut kepada Allah nescaya tidak dapat dilihat marahnya.Barangsiapa takutkan Allah tak sia-sia apa yang dia inginkan.

4.Sayyidina Ali berkata:

"Janganlah mengharap seseorang hamba itu melainkan kepada Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya."

" Buta hati,lupa zikrullah dan lalai akan menghindarkan diri dari garis ketetapan dan orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan.sampai masanya ia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya."

5.Imam Syafie berkata:

"Orang yang berakal itu ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah(keji)."

6.Umar Ibnu Aziz menasihati gabenornya:

"Kekuasaan yang ada ditangan saudara-saudara telah memungkinkan bagimu untuk menzalimi rakyat.Bila terasa dihatimu untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya Kekuasaan Allah atas diri saudara-saudara."

"Ketahuilah kejahatan yang anda timpakan pada rakyat akan hilang lambat laun bekasnya dari mereka tetapi tetap bekasnya untuk saudara2 dalam daftar dosa.Ketahuilah bahawa Allah membela orang teraniaya terhadap yang menzaliminya."

7.Luqmanul Hakim menasihati Anaknya:

"Ambillah dari dunia sekadar keperluan dan biayakan lebihan hasil usahamu untuk akhirat.Dunia jangan ditolak habis agar engkau jangan jadi 'parasit'(org yg hidup menumpang pada org lain dan tidak membalas apa-apa) yang menjadi beban manusia lain."

"Janganlah engkau berteman duduk dengan orang yang bodoh sombong dan jangan dirapati orang yang bermuka dua."


Thursday, March 1, 2007

Doa Cinta

  • Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
  • Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
  • Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
  • Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
  • Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
  • Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
  • Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu


Amin….

aDa aPa PaDa NaMa

Mengikut kepercayaan tradisi, nama seseorang itu mempunyai makna tertentu di sebaliknya. Walau apa bangsa atau keturunan, namanya tetap membayangkan makna di sebaliknya. Mengikut pakar numerologi, nama seseorang dapat menggambarkan personaliti atau kehidupan seseorang itu. Cubalah numerologi berikut:

1. Perhatikan abjad di bawah ini yang menyamai huruf-huruf pada nama kamu. Contoh: huruf ‘A’ nilainya 1.

1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R

2. Campurkan semua vokal (A, E, I, O, U) dan konsonan yang ada pada namamu secara berasingan. (Ada huruf konsonan yang dikira sebagai huruf vokal andainya ia berbunyi seperti huruf vokal bila disebut.Contohnya huruf Y dalam nama-nama ini: Sayfol atau Jenny)

3. Jumlahkan huruf vokal sehingga kamu dapat satu digit. Lakukan yang sama pada huruf konsonan.

Contoh: ADET ZAIN

Vokal: A+E+A+I

1+1+5+9 =16 = 1+6 = 7

Konsonan: D+T+Z+N

4+5+2+8 = 19 = 1+9 = 10 = 1+0 = 1

Kombo ADET ZAIN ialah 7-1

Kombo kamu mestilah antara 1-1 hingga 9-9

Selepas itu, carilah maksud yang tersirat pada kombo kamu dibawah ini. Selamat mencuba!

1-1 Kamu sanggup berkorban apa saja demi untuk mencapai wawasanmu. Kalau kamu terpaksa memberi sesuatu yang berharga pada dirimu, kamu sanggup melakukannya.

2-1 Kamu seorang yang peramah yang suka bergaul dengan sesiapa saja. Gunakan skill komunikasi yang kamu miliki untuk tujuan kebaikan padamu.

3-1 Otak kamu cukup kreatif. Gunakan kelebihan ini dalam mancari kekasih baru kerana mungkin kamu akan bernasib baik kali ini. Peristiwa lama jangan dikenang.

4-1 Jadual kamu terlalu sibuk dan tentu ini tidak elok kerana ia boleh mengganggu rancanganmu yang lain. Kamu perlu bijak mengatur rancangan dan jadualmu.

5-1 Kamu seorang yang bertenaga. Jangan memencilkan diri daripada teman-teman.Sekali-sekala, berilah perhatian pada teman-teman lain seperti mana yang kamu inginkan.

7-1 Hubungan jauh dengan si dia membawa kebahagiaan. Walau sering bertengkar, namun ia tidak selama-lamanya kerana bila kamu bersama, kamu berdua amat menghargai saat-saat itu.

9-1 Jangan risau sangat apa yang orang lain mahukan dari dirimu. Yang penting ialah objektif hidupmu iaitu apa yang kamu mahukan dalam hidup ini.
_________________

1-2 Kamu bertindak dengan cepat dan tepat. Jadi semua orang sangka kamu suka mengawal. Jangan segan silu minta tolong jika kamu berada dalam kesusahan.

2-2 Waspada! Kamu terlalu berlembut hati sehingga orang lain ambil kesempatan pun kamu tidak kisah langsung. Cubalah kamu fikirkan tentang dirimu dulu.

3-2 Kamu mahu semua orang sukakan kamu tapi ia mungkin tidak akan berlaku. Oleh itu janganlah kamu membuang masa dengan mereka yang tidak pernah menghargaimu.

4-2 Ada temanmu yang terasa kehilanganmu kerana sudah lama tidak bersama. Buat satu pertemuan antara semua teman-temanmu dan mereka pasti menghargaimu.

5-2 Kamu suka bila menjadi tumpuan orang ramai. Jaga-jaga kerana sikap ini boleh menyinggung perasaan orang lain. Berilah peluang pada orang lain menunjukkan kemampuan mereka pula.

6-2 Kamu bersikap berhati-hati dalam perhubungan sehingga membuatkan si dia rasa kehadirannya tidak diperlukan. Fikirkan hal ini dengan sebaik mungkin.

7-2 Hampir semua temanmu hipokrit! Tapi kamu tidak seperti mereka. Kamu sentiasa memastikan dirimu bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang mereka perlukan.

8-2 Seorang pemimpin semulajadi! Dengan mudah kamu mempengaruhi teman-teman bekerjasama sebagai satu pasukan.Teruskan semua ini demi untuk mendapatkan kehormatan orang ramai.

9-2 Kamu memang seorang yang lembut hati dan manis. Ingat, ada yang suka ambil kesempatan.Tapi kebijaksanaanmu mengatasi segala-galanya.Akhirnya dia akan tunduk pada suruhanmu.
_________________

1-3 Mereka di sekelilingmu suka mendengar apa yang kamu perkatakan. Hulurkan bantuan pada temanmu kerana kamu memang hebat dalam bab tolong-menolong.

2-3 Jangan ingat semua temanmu itu satu kepala denganmu. Oleh itu, kamu tidak perlu selalu memberi peluang kepada orang lain mendahuluimu dalam apa jua perkara.

3-3 Sikap malu dalam dirimu selalunya disalahertikan oleh sesetengah temanmu. Tapi bagi teman-teman yang rapat, mereka tahu siapakah kamu yang sebenarnya.

4-3 Kamu seorang penulis yang hebat. Idea kamu bernas dan tidak takut pada cabaran. Tapi kelemahanmu terbesar ialah sikap sensitif yang keterlaluan.

5-3 Walaupun kamu menghadapi masalah besar manapun, kamu tetap bersikap tenang dan dapat menyelesaikan masalah itu. Kebolehanmu ini dapat membantu temanmu yang bermasalah.

6-3 Teman-teman lelaki suka mendapatkan nasihat cinta darimu. Dah jadi pakar cinta konon! Walaupun mereka dah ada kekasih, mereka tetap meluangkan masa denganmu.

7-3 Kamu tahu apa yang kamu mahukan dalam hidup kamu. Tapi ada kalangan temanmu yang tidak mengerti. Bersemuka dengan mereka dah terangkan segalanya.

8-3 Tak sangka kamu adalah seorang yang suka bersaing dalam apa jua perkara pun. Jika kamu menghadapi seseorang yang kuat, jangan cepat panik.

9-3Sukar bagimu bersemuka dengan orang lain. Tapi memendam rasa terlalu lama juga tidak baik. Nanti tersalah orang, lain pula yang dimarah.
_____________

1-4 Kamu cepat bosan dengan kekasih baru kerana kamu tiada pendirian yang pasti. Lain kali kamu perlu berpura-pura walaupun si dia amat membosankan kamu.

2-4 Rileks! Jangan terburu-buru membuat keputusan. Semuanya akan berakhir dengan baik. Dan jangan kamu bersikap terlalu sensitif terhadap apa jua keadaan pun.

3-4 Kebebasan amat penting bagimu. Dan kamu suka dilayan sebagai orang yang matang. Bila masalah besar timbul, kamu perlu bertindak cepat menyelesaikan masalah itu.

4-4 Berpenampilan menarik membuatkan kamu rasa hebat seklai dalam hidupmu. Teman berkata kamu seorang yang menarik. Tidak semestinya wajah atau fizikal tetapi sikapmu itu.

5-4 Kamu perlu mengurangkan aktiviti sosialmu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman jiwamu. Alternatifnya ialah bergaul dengan teman-teman yang tidak mendatangkan masalah.

6-4 Kamu suka kekasih misteri. Cubalah cari kekasih yang mudah difahami dan kamu akan merasa kebahagiaan bersamanya daripada kamu asyik menggaru kepala bersama gadis/teruma misteri.

7-4 Kuat keyakinan bila berkomunikasi dengan orang lain di pejabat/sekolah. Bijak-bijaklah pilih teman kerana aada segelintir manusia yang tidak menghargai sumbangnamu.

8-4Banyak bergaul dengan teman yang gemar membaca. Ia dapat membantumu menambah pengetahuan. Mungkin si dia juga sesuai dijadikan pasangan istimewa buatmu..siapa tahu?

9-4Sikap terlalu terperinci kamu membosankan orang lain. Kurangkan perangai itu dan kamu akan jadi tumpuan di pejabat/sekolah.
____________________

1-5 Semua orang sukakan kamu kerana sikap kamu yang cukup peramah. Jadi teruskan sikapmu itu agar kamu disukai dan tidak mendapat musuh.

2-5 Kamu bukan seorang yang pintar. Tapi peduli apa orang lain fikir. Yang penting ialah kamu berani menyuarakan pendapatmu dan ini menunjukkan kamu juga berakal.

3-5Kamu suka menghadiri majlis keramaian. Jangan mengharapkan semua akan berakhir dengan apa yang kamu kehendaki kerana mungkin kesilapan kecil mendatangkan keseronokan.

4-5Suka menolong adalah sikapmu. Jangan bersedih jika kamu tidak dapat menolong temanmu sekali sekala kerana dia faham kamu akan mencuba di lain masa.

5-5Semua orang sangka kamu ni kelakar. Memang betul pun! Meskipun sikap kelakarmu itu menggembirakan tapi berwaspadalah kerana ada seseorang dengki terhadapmu.

6-5Tidak dinafikan kamu seorang yang dapat menarik perhatian orang lain. Tapi adalah lebih baik jika kamu tidak berusaha terlalu kuat sangat hingga boleh menyinggung teman lain.

7-5 Kamu mudah rasa gelisah. Ini memudahkan orang lain perasan tentang dirimu. Cuba atasinya dengan segera. Daptkan bantuan profesional jika perlu.

8-5Walau apa situasi pun, tuah tetap di pihakmu.Jangan lupakan mereka yang pernah membantumu.Nanti dapat gelaran ‘kacang lupakan kulit’.

9-5 Kadangkala sikap kebodohan boleh menambahkan keceriaan antara kamu semua. Selain itu kamu cuba bersikap advance dalam hidupmu.
____________________

1-6 Kamu ini seorang yang mudah berkongsi idea. Tapi lain kali cuba kamu bertolak ansur sedikit dan berikan peluang kepada orang lain bercakap dulu.

2-6 Kamu suka cabaran. Dan kamu juga suka mambantu temanmu di tika mereka kesusahan. Paling best, kamu ni sentiasa sukakan suasana baru yang ceria.

3-6 Kamu berbakat besar dan disenangi oleh teman-temanmu. Kamu kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Sikap ini amat dihormati oleh orang lain.

4-6 Cubalah kawal nafsu kamu itu. Mungkin kamu belum bersedia lagi. Asahkan skill komunikasi dan kamu akan dapati ada yang menghargaimu kelak.

5-6 Kamu tidak suka pujian dan suka mendiamkan diri. Sikap ini amat disenangi oleh teman-temanmu. Mungkin sikapmu itu menjadi teladan bagi mereka.

6-6 Kamu adalah seorang yang suka berbual-bual. Bila kamu mendiamkan diri, teman-temanmu yang lain akan bertanya, ‘apa yang terjadi padamu?’ Jangan marah, mereka cuma nak ambil berat tentangmu.

7-6 Privasi amat penting dalam hidupmu. Tapi luangkan sedikit masa dengan temanmu. Tapi jangan bimbang kerana kamu juga seorang yang bijak menangani keduanya sekali.

8-6Kejujuran amat penting dalam hidupmu. Oleh itu kamu dapati walau susah macammanapun, kamu tidak akan sekali-kali bercakap bohong. Bagus tu..teruskan!

9-6 Kamu bersikap terbuka dan sanggup berkongsi bakat yang ada padamu.Senyuman manis pasti membahagiakan kamu.Kamu seorang yang realistik.
______________

1-7 Kamu inginkan perkara yang terjadi berakhir dengan apa yang kamu rancangkan. Untuk itu kamu perlu mengatur segalanya dengan tersusun agar kamu dapat keutusan yang baik.

2-7Kadangkala kamu terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak realistik daripada kekasihmu. Payah nanti!Cuba kamu berdua fikir saat-saat manis bersama dahulu.

3-7 Mahu dirimu dilayan dengan baik? Kalau nak, jangan asyik nak menunjuk-nunjuk. Satu lagi, jangan suka sangat menyinggung perasaan teman-teman dengan kata-katamu.

4-7Walaupun kamu tidak suka kejutan tapi dalm hidup ini bukan semua yang dapat kita jangkakan. Kawal perasaanmu dan terima apa saja yang ada.

5-7Kamu memang bijak berkomunikasi dengan orang lain. Bila mereka memerlukan bantuanmu, cubalah pasangkan telinga itu untuk mendengar luahan hati temanmu itu.

6-7 Kamu seorang yang ultra sensitif. Sikap ini perlu diubah sedikit dan jangan terlalu taksub sangat dengan apa yang berlaku. Cuba bawa bertenang dan teruskan hidupmu.

7-7 Kamu rasa gelisah terutama bila berhadapan ramai orang. Jangan bimbang sangat hal ini kerana semua orang mengalami insiden yang sama.

8-7 Luangkan lebih banyak masa bersama si dia tersayang. Jangan terlalu mempercayai kata-kata teman yang suka menjaga tepi kain orang.

9-7 Kamu nak lakukan sesuatu untuk kebaikan tapi tidak tahu di manakah kamu patut bermula. Cuba mulakan dengan teman-temanmu, sekolah atau rumah.
________________

1-8 Kamu perlu mengikut gerak hati untuk membuat sebarang keputusan.Namun dalam perhubungan jangan terburu-buru buat keputusan kerana ia juga akan mempengaruhi orang lain.

2-8 Berkongsi barang dengan teman tidak menjadi masalah bagimu. Tapi katakan ‘tidak’ kepada teman yang suka ambil kesempatan kerana kamu juga manusia biasa.

3-8 Kamu banyak idea dan gunakan ia sebaik mungkin. Jika tidak, bermakna kamu menipu dirimu sendiri kerana mensia-siakan potensi yang ada padamu itu.

4-8 Kamu cuba melakukan semua perkara dengan sendiri. Sekali-sekala itu, benarkan teman-temanmu membantu kerana mereka mungkin boleh menyumbang sesuatu yang bernas.

5-8 Kamu ini berat sebelah sangat. 24 jam asyik fikirkan teman-teman saja dan membiarkan si dia berseorangan. Masa sudah tiba kamu perlu mengubah semua itu.

6-8 Luahkan perasaanmu bila rasa tertekan. Kamu juga pandai menunjukkan emosimu. Mungkin ada baik buruknya kamu terus begitu. Yang penting kamu sentiasa bahagia.

7-8 Walaupun cinta sudah mula bersemi, tapi jadualmu ketat. Jika si dia benar-benar jujur, dia sanggup menantimu sampai bila-bila.

8-8 Jangan perasan sangat nanti kamu yang malu. Utamakan perasaan mu dulu sebelum fikirkan orang lain. Sepanjang kehidupanmu banyak rintangan.

9-8 Beria-ia kamu merancang tingkah lakumu.Lakukan kajian terperinci dan tanya pelbagai soalan yang dapat membantumu kelak. Ini akan memudahkan kerjamu.
_______________

1-9 Teman-temanmu suka mendengar cerita sejarah hidupmu tapi janganlah asyik menceritakan sesuatu yang sama saja. Sesekali ceritakan hal lain yang menarik.

2-9 Mengimbangi pelajaran/kerjaya dengan cinta bukan perkara mudah bagimu. Mungkin ia terjejas sedikit tapi jangan panik sangat kerana ia tidak akan berpanjangan.

3-9 Catatkan semua kulaiti yang ada padamu. Masa untuk kamu bertindak sudah tiba dan catatatn itu mungkin dapat membantumu sepanjang tindakan yang kamu lakukan.

4-9 Imbangi hidupmu itu. Jangan biarkan tekanan perasaan mempengaruhimu. Bangun dan aturkan jadual hidupmu dengan lebih berkesan. Peluang baru akan menyusuli kemudian.

5-9 Kamu memang bijak. Walaupun suka berparti, namun pelajaran/kerjaya tidak terjejas langsung. Cuba hulurkan bantuan pada teman sekelas/sepejabat yang
memerlukannya.

6-9 Kamu jujur bila memberi pandangan pada teman-temanmu. Tapi ingat! Pujian yang terlalu sangat juga tidak baik dan menakutkan orang lain. Berpada-pada bila memberi pujian.

7-9 Jangan rasa malu nak menunjukkan kebolehanmu walaupun sekali-sekala. Ada baiknya kamu menguatkan lagi keyakinan da membiarkan apa orang lain nak kata tentangmu.

8-9 Pandai-pandailah kamu simpan rahsia.Kamu tak suka jaga tepi kain orang. Teman-teman amat menyukai sikapmu itu. Tahniah!

9-9 Membantu teman yang keliru adalah kelebihan dirimu. Tak lama lagi, kamu perlu membuat keputusan yang amat penting! Pastikan kamu tahu implikasi keputusan yang bakal dibuat.

CiNTa TaNPa SYaRaT

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Al-Israa' 17: 24)

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketikadiriku masih kecil".

Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.

Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut.Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya. Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca.

Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, "jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu."

Saya memang rindukan bonda. Bonda saya juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan makam ayahanda di tepi masjid sebelah rumah. Bonda sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah nenda pernah berkata, "aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!" Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki
tetapi kami memang tidak pernah bergaduh. Mungkin semua itu kerana watak ayah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama ayah.

Namun selepas ayahanda pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh ayah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah,tertumpu pada ayah. Kini ibu saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan bonda kerana saya terhumban di hujung benua.Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan bonda kesunyian di kampung.

Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil? Hari ini saya berusaha memikirkan awapannya.

"Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh . Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Dan pandai mengajuk cakap", keluhan saya kepada bonda beberapa ketika yang lalu. "Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur . Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah" , itulah suara dari hati bonda.

Semasa berdoa tadi baru saya sedar, ibu saya amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah,pemaaf bonda semasa saya kecil...Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa bonda sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila bonda terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.

"Emak tak marah?", saya cuba memberanikan diri bertanya. "Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet", itulah katanya. Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu bonda dan dia dengan segera memujuk. Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Bonda tidak marah. Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Bonda tidak marah.

Ayahanda juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, "nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku." Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan ersalah.Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. "Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun 'tak hingin' nak sekolah di sini!", jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang. Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Ayah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, "ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini". Itu cara ayah saya. Dia jarang sekali marah. Ayah dan bonda saya amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja karenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.

Ayah dan bonda menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.

Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus
persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada. Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata,"bilalah orang tua ini nak mati!". Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi,anak seperti itu.

Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibudan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan diHUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya.

Allah Allah....
Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji."Abah kat Mekah doa apa, abah?", saya bertanya. "Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!", kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. "Abah, jangan cakap macam tu...", saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi.

Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.

Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat,sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat...

NAMUN...
Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat! Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.

Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia , saya masih belum dapat menjaganya di depan mata. Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu? Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi.Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

(1) Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan- Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

(2) Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali,tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

(3) Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibumencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita,sayang yang diberi tanpa diminta.

(4) Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberidengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna,menjadi insan yang berjaya dan mulia.

(5) Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik. Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita.Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Ameen.