Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki terutamanya di dalam masyarakat Asia.
Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan 'kejantanan' lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam. Lebih memburukkan keadaan andai mereka juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan pasangan atau mendapatkan nasihat doktor.
"Lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin perlu mengambil langkah permulaan untuk mengetahui bahawa mereka tidak perlu menderita dalam diam. Walaupun, ia merupakan penyakit serius tetapi boleh diubati. Lebih baik menemui pakar urologi atau sakit tuan jika terdapat tanda awal masalah tersebut agar dapat dirawat segera," kata Pendaftar Perbidanan Pusat Rawatan Islam, Dr Mohd Daud Yahya.
Kebanyakan orang merujuk penyakit ini sebagai mati pucuk mungkin disebabkan anggapan negatif yang tertanam di benak mereka sejak sekian lama. Justeru kebanyakan lelaki mengelakkan diri daripada mendapatkan bantuan doktor. Sesetengahnya pula bimbang bahawa ujian yang dijalankan untuk mendiagnosa masalah lemah tenaga batin akan menyebabkan ketidakselesaan. Tambahan pula lelaki tidak tahu apa yang boleh diharapkan jika mereka mendapatkan rawatan dan akibatnya menimbulkan kekecewaan.
"Sebahagian besar pesakit di Asia, merangkumi 47peratus cuba mendapatkan rawatan sendiri melalui perubatan tradisional seperti berurut, minum air tongkat Ali, memakan ikan linang, serbuk badak sumbu dan ubat-ubat tradisional lain. Cara-cara tradisional boleh juga membantu tetapi fungsinya tidak sama. Urutan boleh membantu daya keteganan apabila bekalan darah dapat mengalir ke buah zakar tetapi urutan tidak meningkatkan libido (ghairah seks). Sebaliknya, amalan memakan ubat-ubat tradisional boleh meningkatkan libido tetapi bukan untuk ketegangan.
Untuk mendapatkan kepuasan seks, libido dan ketegangan perlu jalan seiring. Dianggarkan 3 8 peratus pesakit menunggu sehingga lebih enam bulan sebelum meminta bantuan doktor sementara dua pertiga lagi menunggu sehingga 12 bulan, ielas Dr Daud.
Mengapa mati pucuk berlaku?
Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.
"Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Ketegangan perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah perhubungan suami isteri.
"Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan lemah tenaga batin ialah gangguan neurologi seperti sclerosis berbilang, penyakit alzemir (angin ahmar) dan trauma akibat kecederaan pelvik atau tulang belakang. Pembedahan khususnya penyakit prostat dan terafi radiasi juga boleh menjejaskan fungsi tenaga batin sama seperti sesetengah ubat yang dipriskripsi untuk merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi, ketegangan perasaan, penyakit jantung, ulser gastrik dan barah," katanya.
Ini dikuatkan lagi dengan pendapat Pakar Urologi merangkap Presiden Persatuan Penyelidikan Lemah Tenaga Batin bagi Asia Pasifik (APSIR), Dr Tan Hui Meng, yang mengatakan bahawa sebelum ini masalah lemah tenaga batin dianggap berlaku akibat masalah psikologi. Kini, para penyelidik mendapati empat daripada lima lelaki yang menderitai masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca daripada keadaan fizikal. Penyebab utama lemah tenaga batin biasanya berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung dan masalah hati.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer berkaitan rawatan lemah tenaga batin di Asia, 25 peratus pesakit lemah tenaga batin juga menghidapi tekanan darah berlebihan (hypertension), 15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus menghidap diabetes jenis 11, sembilan peratus menghidap penyakit vaskular, sembilan peratus menghidap diabetes jenis 1, sembilan peratus menghidap keadaan psikitrik, tujuh peratus menghidap trauma pelvik dan dua peratus mengalami kecederaan tulang belakang.
"Kurangnya komunikasi antara pasangan dan pakar penjagaan kesihatan lambat laun boleh membawa kesan negatif. Masalah lemah tenaga batin boleh menjejaskan perhubungan suami isteri. lika isteri mengetahui bahawa suaminya menghadapi penyakit tersebut, dia boleh-membantu dengan menggalakkan suaminya membicarakan perkara tersebut secara terbuka. Ketika inilah peranan pasangan penting dalam membantu merawat masalah lemah tenaga batin," tegas beliau sambil menekankan pengorbanan dan pemahaman isteri amat dituntut demi kesejahteraan rumah tangga.
Sambung Dr Daud, faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Meminum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh memburukkan lagi masalah tersebut.
Rawatan
Amalan perubatan asas termasuk sejarah perubatan dan seksual, pemeriksaan fizikal yang ringkas dan mengukur tekanan darah adalah perkara biasa yang perlu dilakukan oleh doktor ke atas pesakit lemah tenaga batin. Inventori kesihatan seksual untuk lelaki merupakan satu kaji selidik lima soalan diagnostik mudah yang baru bagi memastikan wujud komunikasi di antara profesional perubatan dengan pesakit bagi membantu memastikan diagnosa yang tepat. Ujian makmal yang menilai darah dan air kencing membantu mengenal pasti sebarang penyebab dari segi perubatan yang memerlukan rawatan.
- "Terdapat beberapa pilihan yang kini tersedia untuk merawat masalah lemah tenaga batin. Ini termasuk alat mekanikal (contohnya pam vakum dan protesis zakar yang ditanam), pembedahan untuk membetulkan masalah pengalitan, suntikan yang boleh dilakukan sendiri atas nasihat pakar dan pengubatan biasa. lika didapati penyebab fizikal bukan punca lemah tenaga batin, kaunseling dan psikoterapi boleh membantu meredakan masalah. Biasanya, bagi lelaki yang mengalaminya akibat fizikal dan psikologi, gabungan kaunseling dan rawatan lain diperlukan.
- "Satu lagi cara rawatan terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah pil Viagra. Cuma, Kementerian Kesihatan masih belum meluluskannya. Saya tidak fikir ia akan diluluskan dalam jangka waktu yang singkat walaupun kelihatannya kaum lelaki terdesak mencarinya. Lapan belas bulan adalah jangka masa kajian ke atas produk. Kelulusan mungkin mengambil lebih daripada dua tahun. Barangkali lima tahun. Berita ini tentulah tidak menggembirakan bagi lelaki yang sudah bertabun-tahun mengalami masalah lemah tenaga batin. Mungkin ada yang pergi sendiri ke Amerika semata-mata mahu membeli Viagra kerana ia mudah didapati di farmasi-farmasi di sana.
- "Biasalah, benda baru selalunya mendapat sambutan hebat. Tetapi awas, Viagra bukan untuk sembarangan orang. Ia tidak digalakkan untuk orang muda sebaliknya untuk mereka yang berusia 40 tabun ke atas. Pengambilannya pula mestilah melalui pemeriksaan dan nasihat doktor kerana kesan-kesan sampingan seperti buta warna, tekanan darah rendah, sakit kepala, ketidakselesaan, bintik-bintik merah di badan dan sebagainya boleh memberikan kondisi yang buruk. Lebih bahaya jika penghidapnya pula menghidapi penyakit-penyakit lain khususnya sakit jantung yang memang kita tahu pesakit lemah tenaga batin memang mempunyai penyakit lain," tegasnya bersungguh-sungguh.
"Kalaupun ia diluluskan nanti, kementerian harus lebih tegas dan berhati-hati. Pada pandangan peribadi saya, Viagra tidak sesuai dijual secara terbuka seperti di pasar raya atau di farmasi. Lagipun, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluarnya, Pfizer New York, Viagra bertujuan untuk menegangkan buah zakar bukannya meningkatkan libido. Saya khuatir, mereka vang tidak mengalami masalah ketegangan buah zakar tidak faham tentang fungsi viagra dan cuba-cuba mengambilnya untuk tujuan lain seperti untuk memanjangkan daya seks sedangkan kesannya lebih bahaya. Ia hanya boleh dimakan sekali sehari. Lebih-lebih lagi orang muda yang selalunya suka mencuba benda-benda yang baru," katanya lagi.
Tambahnya, Viagra bukanlah menandakan satu kejayaan besar dalam dunia perubatan. Ia cuma salah satu antara penemuan-penemuan baru dalam memberikan alternatif lain kepada penghidap lemah tenaga batin. Tambahan pula Viagra tidak memulihkan terus pesakit daripada masalah lemah tenaga batin. Fungsinya hanya untuk menegangkan buah zakar sewaktu hendak melakukan hubungan seksual dan perlu dimakan sejam sebelum itu. Itupun tidak semua lelaki menerima kesan yang sama. Malah, jangka lama ketegangan juga tidak dijamin. lika ada ubat yang boleh berfungsi serentak iaitu menegangkan buah zakar sekali gus merangsangkan keghairahan seks barulah ia boleh dianggap kejayaan dalam bidang rawatan lemah tenaga batin Ini kerana rawatan-rawatan yang ada sekarang termasuklah Viagra hanya mempunyai satu fungsi sahaja. Justeru nasihat beliau agar lelaki tidak begitu ghairah menerima kehadiran viagra.
WANITA, OGOS 1998, M/S 129-131
No comments:
Post a Comment